Monday, October 4, 2010

keunikan sesebuah selipar



Dapatkan selipar jepun jenama 'TAT SING', iaitu sejenis plastic footwear yg diperbuat daripada PVC (polyvinyl chloride) sekarang. Merupakan produk yg paling sesuai digunakan di tandas2/mana2 tmpt around the world dan sgt berkualiti sejak tahun 1970. Boleh didapati dengan pelbagai saiz pd harga +-RM3, mengikut kehendak kaki anda. Ada dijual di kedai cina honga, kpg gita.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia keluar dari tandas, blm tentu meninggalkan selipar jepun..

"Di dalam hati manusia, kadangkala terbit satu sifat yg dinamakan egoisme..skali skala, jgnlah dicerca selipar yg nampak hina~"

Hargailah kaki anda..

Biar maruah tergadai, selipar hilang jgn sekali..


-selipar jepon, I support-
(^^)v

Tuesday, August 31, 2010

Searching for the spirit of Ramadhan




Kekecewaan selalu saja ada bersama dgn setiap perkara yg telah aku lakukan..sifatnya yg selalu datang dan pergi telah membawa aku terbang ke dalam renungan yg agak jauh di hati..tertanya2 juga pd diri ttg aturcara kehidupan sebenar yg adakalanya aku sendiri tidak peduli..pertanyaan sebegitu membuatkan aku mula terasa, seakan2 semua jiwa di sekelilingku sedang rancak berbicara bg mengungkapkan sebuah kata yg hendak memaki diriku ini..

Aku selalu shj merasakan bhw aku ini lebih byk mengeluh drpd mereka yg cacat..org cacat yg serba kekurangan kadang2 lebih mengerti knp diberikan kehidupan..mereka tahu, bhw mengeluh itu tidak mampu memberi apa2 erti..bahkan menyusahkan shj org yg mendengarnya..

Actually, aku kecewa dgn diri ini dari hari ke hari..aku teringat satu pepatah yg mengatakan bhw, org yg hidupnya lebih teruk dr smlm ialah org yg bodoh dan celaka..naudzubillah..

Alangkah baiknya kata2 sebegitu mampu untuk memberikan cetusan inspirasi yg blh membawa aku pada perubahan yg lebih baik dlm diri sendiri..

Hari ini telah sampai ke hari yg ke 21 Ramadhan..pejam celik di mata dan hati, rupa2nya aku masih lagi seperti dahulu..segala cita2ku utk membawa perubahan dlm diri ini seakan sudah mula terhenti..umpama pena hitam yg sedang liar menulis rumi, tiba2 terangkat drpd kertas putihnya.. walaupun blm lagi tiba saatnya ia harus berhenti..isyarat kekalahan sudah mula berkibar utk tidak memberi laluan kpd catatan, tiba ke titik noktahnya..

I have to stop writing... Tidak semua bnda blh diselesaikan dgn kata2 dan budi bicara..apalagi angan2 dan mainan minda..kerana perjalanan hidup di dunia ini, semuanya bukan fantasi..

Ada baiknya, aku ketepikan sahaja segala kecewa dan sakit hati..dan terus sahaja mengembara mencari dengan berserah diri..demi mendapatkan indahnya kasih Ilahi…



When the breath misses the air, breath seeks for it

When the breath needs the air, breath search for it

And even there is no eye are looking and seeing, breath will still gasper in its most astounding variation

To make sure that, the heart can keep living…

In the beauty ‘life of remembrance’

Sa araftuka ya Rabbi (I will know You, O God)




Happy2 Ramadhan everyone (^^)v

Oh ya,..selamat hari raya..hahaha

Monday, May 3, 2010

Like a desert miss the rain..




Many people say that, freedom can brings joy to life..as the final exam has just finished, everybody greets freedom by welcoming it n say hello..this arrival comes only twice a year..of coz everybody seems happy to celebrate it..but, deep inside of my heart, why still signify nothing?..now I know, everything in this world is not a destination.. it is just, a journey…


I don’t write my destiny..and even we don’t choose it.. It chooses us…


Dengan huruf2 ini, aku berbicara..bunyi2 dari suara yg diungkap, terdengar di telinga sebuah kata2..dan dgn mata, kelihatan jelas dunia..disinar dari cahaya yang menyinar..dan akhirnya menampakkan segalanya..subhanAllah..


Aku seorg yang ngegeh n bujat..x dinafikan, habis exam mmg menyeronokkan..tambahan pula, sgt tewuija mok berklaka org puteh di saat2 awal bertaiping..namun, sekelip mata sahaja aku mula terumbang ambing di ambang kekeliruan utk membina ayat..nasib bait la xda typing error (mun jak~)..


Senang crita, tidak perlu lah kita cuba utk menjadi seseorg..percubaan untk menjadi seseorg itu hanya memperjuangkan diri untk menjadi seorg yg menampakkan dirinya menjadi org..kerana kita sering kali ingin merasa diri kita ini, mahu menjadi seorg yg dikenali org lain..ingin menjadi seorg yg masyhur..ingin menjadi seorg yg sering diperkatakan dan dipuji..dan akhirnya, dlm diam tanpa disedari, kita sudah lupa bhw hati kita sbnrnya sedang dirosakkan..kerana kadang2, perasaan juga blh menipu..dimamah lagi oleh kata2 syaitan yg membisik bisikan jahat, terus menusuk ke dalam hati..but for those who are taking care of their heart, they know that the whisper juz give an empty nothing promises..do remember that, we are just a slave..without faith to God, life can destruct..slowly and sometimes suddenly..it is juz like a standing thin candle, light up by a fire at the top..the fire may disappear when the candle slowly melt down until the end of candle..or the fire can juz suddenly lost, embrace by the wind..both gives no differences..bcoz both, will lead into nothing...


Perjalanan mencari cinta hakiki sememangnya sgt sukar..ada sahaja cabaran yang mendatang tanpa diundang..boleh juga diibaratkan menjadi sebuah cerita..di mana terjadi sebuah kisah..


Seorg pemuda berjalan keluar dari rumahnya dgn niat utk bertemu raja..berbagai2 tmpt dan halangan akan dilaluinya..kebun, ladang, hutan, pub, swimming pool dan perkampungan..cukup utk menyatakan bhw pengembaraan itu sememangnya jauh,sukar dan pjg..perjalanan diteruskan lagi sehingga tiba lah ke sebuah istana..perkarangan istana itu sahaja sudah cukup untuk menakjubkan mata yg memandang..keindahan dan keasyikannya sungguh pelbagai..apa yg saya boleh katakan, kita sering kalah di perkarangan istana ini..di perkarangan istana ini lah, bermacam2 nikmat yg ada..perkarangan istana ini kita boleh ertikan sbg, dunia..nikmat dan keindahannya sahaja, sudah cukup melalaikan walau sedetik usia..sememangnya, di sini lah kita selalu lupa tujuan kita yg sebenar..iaitu tujuan, utk bertemu raja..



The road to find God’s love is too much and plenty..like a breath of every creation..but beware..not all road are the road..


Manusia sentiasa haus dgn cinta..walaupun cinta itu tidak dijual beli utk diminum, hari2 manusia mengejarnya..umpama ikan yg tidak boleh hidup tanpa air, begitulah jadinya kpd manusia yg tidak boleh hidup tanpa cinta..usaha dan usaha diteruskan demi utk mendapatkannya..pada setiap masa..dan selagi ada masa..sehingga pada suatu tahap, cinta menjadi terlalu laku di pasaran..nafsu mula merasa dengki dan cuba utk menyainginya..dgn kebolehan dan bakat terpendam untuk memberikan diskaun, cheap sale berjaya dilaksanakan..mmg lumrah hidup, manusia lebih gemar mengambil dan memiliki sesuatu yang mudah dan murah..akhirnya, atas permintaan terlalu ramai peminat yg mengundi, nafsu berjaya menjadi top dalam carta di ‘hati.fm’ setiap hari..


Akhirnya, ramai org terkeliru antara nafsu dan cinta..umpama kebahagiaan dan keseronokan, ia sbnrnya terdapat perbezaan dan sesuatu yg membezakan..bg yg memikirkan, mmg jelas dan terang lagi bersuluh menunjukkan bhw ia smmgnya tidak sama..


Kalau orang dahulu menggunakan angin utk melafazkan cinta..Dan ada juga yang menjadikan sang bulan sbg saksi..tp sekarang, org menggunakan nafsu utk mewakili sebuah cinta yg direka2 yg kononnya taat setia dan menggunakan tgn sendiri sbg saksi..


“Dari ‘kenal’, di situ lah datangnya ‘cinta’..kerana tak akan datang ‘cinta’ tanpa ‘kenal’..

Dari ‘cinta’ pula, wujudlah ‘taat’..tak akan dimiliki ‘taat’ itu tanpa hadirnya ‘cinta’ yg terputik dari sebuah per’kenal’an..”


Marilah belajar utk mengenal dahulu apa itu cinta..


Andai kata perlu utk hidup seorg diri shj di muka bumi ini, realisasikan sahaja diri utk menjadi seorg hamba..kerana cinta hamba kpd pencipta sahaja yg selamat utk jiwa dan raga..


We know,..

The day will come..where mouth will shut, close..

We know,..

The day will come..where mouth will separate with voice..

We know,..

That day, we are nothing..


Sesungguhnya perjalanan yg tanpa tahu penghujungnya ini sememangnya terdpt byk liku2..Dan dalam perjalanan utk meraih cinta itu, nafsu2 perlu tundukkan..demi untuk mencapai kejayaan, sedarlah bhw tiada nafsu bercampur dgn cinta..namun blh jadi juga, cinta itu mesti utk bersama nafsu..umpama minyak yg sentiasa sahaja berpisah dgn air walaupun pd masa yg sama, ia msh boleh bersama..hmm..mcm plek jak bunyi ayat dipadah ku tok~


During the struggle, they will pull us down. But, please let’s use this chance to turn things right. And tonight, we can truly say. Together we are invincible (Muse, 2006). (^^)v


It is good to born to be good..bcoz, everybody wants to be good..

It is still ok if born as not being good..juz try to live the life as good as we could..Let’s pray to God may we can stay n walk on the right path and hope that we could die, with good..

What I am going to say is, focus more on ending..not the beginning..


Masa pun suatu makhluk..walaupun sifatnya tiada ia berupa bentuk dan warna, ia boleh dikatakan sebagai sebuah kenderaan yg telah membawa kita merentas kehidupan sehingga ke hari ini..dan pergerakannya juga kadang2 menyebabkan kita terasa bhw masa ini boleh menjadi lambat dan boleh juga menjadi cepat..itu lah dia sifat makhluk..sifat yang boleh memberi hikmah atau kesan..cth lainnya, umpama manusia yg tidak mkn, pasti akan merasa lapar..begitu lah juga dgn masa yg tidak dimanfaatkan sebaik2nya, pasti akan terasa hidup ini mmg sia2..


Mungkin sekadar itu sahaja utk saya mengenjen buat kali ini..kerana sy merasa boring..dgn karangan saya yg ala2 org puteh ini, sy mohon maaf jika tersilap isi, istilah dan kata..apa lagi dgn grammar nya yg tanpa rasa bersalah, sy menyembatnya..kalau gol, xpa..kalau tersasar, x gol lah..miss jak..haha


Saya juga dgn ini memohon maaf kalau ayat2 yg ditaip ini di luar kawalan kerana saya juga merupakan seorg yg kurang ilmu..kurang ilmu bererti, byk yg sy tidak tahu..tidak tahu saya ini, ditambah pula dgn sikap saya yg slalu jarang bertanya, mendorong pula diri ini utk mula menyangka..dan dalam menyangka, ending nya tidak semestinya akan betul..probability betul atau salah ini sgt sukar dikenal pasti..senang crita, peratusan utk salah adalah sgt tinggi apabila tidak didasari ilmu..oleh itu, di sini lah bermulanya pencetus kesilapan..dan berhati2 lah..kerana syaitan sentiasa menunggu utk mula memainkan peranan…


Diingat2 kembali sewaktu kita masih kecil..sudah pasti, kita ini tidak tahu apa2 kerana tiada ilmu..apabila berhadapan dgn anjing, kita biasanya tidak akan takut..kerana kita tidak tahu akan bahaya nya anjing itu..tp apabila kita tahu anjing itu blh menggigit, kita akan takut..


Akhir kata, marilah kita sama2 mencari ilmu yg blh memberi manfaat, sebyk yg mungkin..kerana dgn ilmu lah, kita akan takut kepada Allah..dan semoga dgn ilmu juga, kita akan semakin dekat utk mengenali Allah..


Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan ‘slmt bercuti’..cuti lah dgn selamat..kerana dalam setiap kali org meng’wish’kan cuti kepada kita, mereka sering kali akan mendahulukan ‘selamat’ daripada ‘cuti’..maka, utamakan lah hidup ini dgn mengaplikasikan ‘selamat’..kerana apabila ‘cuti’ diaplikasikan…….


hahahaha..(gila)


Eh, btw..cuti ini merupakan cuti utk berpraktikal..slmt berjaya kpd yg akan berpraktikal itu..belajar la sebaik mungkin..jgn kita rasa malu ber selipar jepun ke tmpt latihan industry..eh slh..jgn kita rasa malu utk belajar ketika menjalani latihan industri..mari kita ambil cth..org Malaysia yg belajar ke oversea biasanya akan mengagumkan org2 puteh kerana bhs inggeris yg digunakan..ini kerana org Malaysia sejak kecil lagi, belajar bhs inggeris dgn sebaik2 nya daripada grammar hingga ke vocabulary..dan apabila diaplikasikan, menjadi baik sekali penggunaan nya..tidak seperti org puteh yg juz bercakap inggeris tanpa blaja bhs inggeris dgn betul2..bukan hendak memperli org puteh..kita pun sbnrnya sama..


Cth lain, saya sgt suka mendengar org sabah n semenanjung bercakap dlm bhs Sarawak..bukan nak kata bhs srwk ni cantik..tp percakapan mereka sgt cantik apabila menyebutnya..ini kerana mereka belajar utk menjadi mahir dan pandai dlm bhs srwk..tidak seperti sy, yg mmg org srwk..kurang cantik sebutannya kerana hanya belajar melalui pendedahan daripada sekeliling..


Dua cerita ini sbrnya kesan apabila belajar sesuatu dgn tekun dan sabar..(^^)v


Akhir kata(mala jak akhir kata)..marilah kita rajin2 menimba ilmu d tmpt LI..semoga mendapat ilmu yg boleh digunakan dlm hidup ini..memang kita akan direndahkan oleh segolongan org di sana kerana kekurangan kemahiran yg kita ada..tp xpa..bersangka baik jak sebaik2 nya kpd mereka..


Ok lah..ya jak..


Salam (^^,)..

Sunday, March 7, 2010

Environmental Chemistry




Aku sekarang sedang cuba untuk belajar untuk exam esok yg ber title, environmental chemistry..dari dulu, aku xpaham apa yg motif nya belajar subjek ini..pernah suatu hari aku berjumpa prof utk bertanya, apa sbnrnya subjek ini hendakkan..beliau menjawab, we learn about acid, about equilibrium, calculation..thats environmental..for sure u think that environmental is same with environment..but no no no..what I said just now, that is Environmental..aku masih xpaham juak..sekarang aku sudah 2nd year and belajar environmental 2..kali ini kami belajar mengenai MSW and EcoSan..ya la yg klua exam esok, maka secara automatic nya, ya la yg akan ku pelajari kaktok sbg senjata utk ber exam esok..hehehehe..


LU1, Municipal Solid Waste..apa ke benda la subjek tok..setakat yg ku baca, MSW ertinya household waste..kalau nak dikatakan dlm bhs kita, maksudnya sampah2 yg kita buang dari rumah la..jadi, aku blaja psl sampah la tok..haha..


Akan tetapi, aku tertarik dgn part disposal..’dispose’ means ‘get rid of’, mengikut kamus dewan dlm hp ku..Pada mula nya aku menyangka dispose bermaksud memusnahkan sehingga xwujud lagi..aku teringat lagi ketika berada di dalam kelas, aku sedang bercakap2 dgn seorg kwn di dalam kelas..mmg lumrah hidup student, lecturer ckp2 kat dpn, dia org akan ckp2 kat blkg (in case duduk kat blakang la)..jadi kami pun hairan..ada pun kita bakar sampah itu, sampah itu tetap jugak akan menjadi debu..dan debu itu masih ada atau wujud..ada pun debu2 itu dileburkan sehingga tidak nampak, bau nya masih ada dan ada itu tetap wujud..ada pun bau itu dihapuskan, molekul2 yg membentuk bau akan terpecah kpd atom..akan tetapi atom adalah yg paling kecil..sekecil2 sehingga xdpt dipecahkan lagi(bak kata kajian barat la..cthnya cdak Bohr)..tapi, tetap jugak ada..


maka, timbul persoalan di benak fikiran dan di lubuk2 hati sanubari..apa motifnya dibuat system2 untuk solid waste kalau benar dispose itu masih xdpt menghapuskan sehapusn2nya??


Theory of atom..aku teringat psl atom2..bhw atom adalah sekecil2 bnda yg menjadi asas kpd sesuatu benda..dan atom itu sememangnya ada..sehingga atom itu juga merupakan makhluk Allah..


Theory of space..aku teringat pulak teori tersebut..bhw kita manusia yg terikat dgn ruang dan masa..sbg cth, kita katakan bahawa kita telah menghapuskan sampah, dan sampah itu sudah tidak ada..kenapa? kerana, sampah telah dihapuskan..tetapi ruang itu masih ada..ruang yg dimaksudkan ialah, sampah yg berada di dalam ruang, kemudian dimusnahkan..sampah sudah tiada tetapi ruang kpd sampah2 itu tetap ada dan ruang selalu ada..


Kmk teringat psl vakum..dikatakan bhw vakum itu kosong..kosong tanpa ada apa2 di dalamnya..tapi ruang yg membentuk vakum adalah ada..vakum tiada apa2 di dalam..tapi yg ada adalah ruang..cth nya adalah space..angkasa..ya la vakum..xda apa2 kat space tu..thats y angkasawan terapung sahaja..terapung di ‘ruang2 yg ada’..


Sekarang minda sudah berbelit2 dgn perkataan ada dan tiada..syukur Alhamdulillah, di dalam al-Quran, Allah S.W.T. telah menerangkan di dalam surah al Waqiah

Akhirnya aku pun faham..baru ku mengerti fikiran manusia sememangnya sangat2 terbatas..kita sememangnya makhluk yg lemah..yg menyebabkan wujud nya term ‘tiada kepada ada’ adalah disebabkan kita ini ada permulaan dan pengakhiran..maksudnya, kita tidak kekal..kita fana..kita boleh lebur, kita boleh hilang..kita sebenarnya berada di pertengahan..kita sekarang tgh hidup..suatu hari kita akan mati..then dihidupkan lagi pada hari kiamat..itu lah akhirat..seakhir2 hari dan tiada lagi hari selepas hari itu..sekarang kita hidup dalam hari2..sbb itu la semakin tua dan usia semakin bertambah..kan3?..


Allah suruh kita beribadah n mengabdikan diri kepadaNya..bukan buat jahat..kita dihantar ke serendah2 tempat iaitu d bumi yg sebenarnya mmg sik da apa2 kalau difikirkan..smuanya nikmat sementara..dan kita juga slalu tertipu dgn tipu daya dari syaitan yg menyebabkan kita menaruh diri mencintai dunia..padahal terang lagi bersuluh, dunia smmgnya tmpt persinggahan sementara utk kita..sudah diberi tips utk berjaya..apa yg boleh dibuat, apa yg sik boleh dibuat..tapi still juak kita tok..adoh2..xpat nak madah papa gik..


Kemudian, kajian barat telah mendapati bhw ada sesuatu yg lebih kecil drpd atom..aieh? pa ya..dan bnda tersebut dinamakan tenaga..mungkin kita teringat zaman2 sekolah dahulu bhw, tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan..berbalik kpd kisah atom tadi, saintis barat mendapati terdapat bnda yg lebih kecil dari atom yg dinamakan tenaga..ia tidak boleh dilihat kerana ia wujud dalam bentuk gelombang atau wave..dan dalam bahasa sains nya, dinamakan photon yg bermaksud packet of energy..tenaga memang tidak boleh dilihat..tetapi hanya boleh dirasa..begitu juga dgn penglihatan, pendengaran, etc..pendek crita, smua nya adalah makhluk Allah..siapa boleh melihat penglihatan? Siapa boleh melihat pendengaran?..wallahua’lam..xpat oo..sungguh terbatas otak kita..


Baru ku phm LU1 tadi..blaja psl disposal ya kerana mereka mahu generate energy..jadi bila waste ya di dispose, akan jadi bnda kecil..n benda yg kecil ya la energy..oooooooooooooooooooooooooooooo..ya duhal..mengikut pemahaman ku la..ku lembab juak sbnrnya bh..sukati jak..hahaha..jadi, cdak meng dispose sampah utk generate energy..ya la nyuroh ada karan..kah3..


Bercakap psl makhluk lok..makhluk terbahagi kpd bentuk dan sifat bentuk..bentuk merujuk kepada jirim atau lebih faham dlm bhs kita, lebih kurang seperti jasad, solid, bnda..mcm2 ya la..tapi maksud sbnrnya adalah, mengambil ruang..then jirim terbahagi lagi kpd jisim n atom..jisim pula terbahagi kpd dua iaitu jisim yg halus dan jisim yg boleh disentuh..jisim yg halus inilah yg dikatakan sebagai roh..tapi apa roh?..saya tiada ilmu di situ utk menerangkan apa roh..tapi setakat yg saya tahu, saya ambil contoh la..kita tgk api di depan mata n api di dalam gambar..api di depan mata atau api di dalam gambar adalah panas?..sudah tentu la api di depan mata..tp knp?..kerana, api di depan mata ada roh..roh yg menyebabkan nya hidup sehingga menyebabkannya ada rasa panas..manakala api di dalam gambar tiada roh..itu lah yg menjadikannya tidak panas dan tidak padam walau disimbah air..melainkan kita liquid gambar api tersebut, maka padam la ia..hahaha..


Jadi apa yg sy sebut tadi adalah jisim yg halus..seterusnya ada jisim yg lagi satu..jisim ini boleh disentuh..yg blh disentuh ini lah yg ada di sekeliling kita..cthnya, jasad kita, mata kita..


Sifat bentuk pula terbahagi kpd arah dan warna..arah yg dimaksudkan ialah atas, kanan,kiri, depan, blakang..n warna sudah pasti la kita tahu..merah biru kuning..o yea..warna2 malaysia..haha..kajian mendapati mata kita boleh mengenal 3 juta warna..kalau xsilap la..subhanAllah..sehingga tidak boleh nak di nama kan lagi warna2 kerana terlalu byk..


Jadi kita kembali kpd apa yg ku pelajari utk exam esok..rupa2nya, ini lah sains..sains sememangnya blh mendekatkan diri kita kpd Tuhan..tp kena ada pegangan akidah yg kukuh..kena slalu jumpa ustaz..tanya2 bnda yg musykil..kerana otak kita cenderung untuk guna akal sahaja tanpa merujuk quran, hadis dan sumber2 dari ulama..dan kena tahu juga, setan di mana2..pande jak nya mok nyesat kita..hati2..byk2kan diri berzikir mengingat Allah dan memohon perlindungan dariNya..


Kesimpulannya, alu sik blaja la aku tok..dah la tgh ada program Majlis Penutupan Hari Allamanda kat dibah ya..aku ilek2 jak kat atas tok..haha..gney2 pun, exam esok, apa yg ku tulis dlm blog tok la yg ku jwb..nampak gaya nya la kerana sik sempat gik dh mok blaja..haha..btw, ada apa2 yg ku tersalah padah d sitok, tlg2 la bagi tau..krana ilmu ku terbatas juga dong..


Kepak eh..ok la..nak pgi nolong cdak kat dibah lok..takut klak dipadah sik nolong urang..hahaha..


Assalamualaikum (^^)..

Sunday, February 28, 2010

There is no future in the past..




Aku sekarang sedang mendengar muzik..muzik dan lagu2 yg sudah lama aku tidak perdengarkan..kuasanya mampu membuatkan aku meng flashback bnda2 dahulu kala..dan sebab itulah antaranya aku meminati muzik..pernah ku cuba sem ini untuk mengambil subjek muzik..namun apakan daya..sudah penuh di register segerombolan manusia..

Oawh muzik..aku ingin mengetahui element apakah yg ada dalam dirimu..yg mampu menyebabkan engkau dicintai dan diminati ramai..kuasa2 apakah yg ada pada not A B C D E F G mu sehingga kau mampu menguasai nafsu dan memikat hati segenap lapisan manusia di seluruh dunia..uhuk3 (batok2)

Peredaran zaman sungguh cepat berlalu..pantasnya masa berlalu menyebabkan aku tidak menyedari akan perubahan yg berlaku di sekelilingku..ramai org mengatakan, dunia sudah berubah..World changes..tp bagi ku, tiada apa2 yg berubah melainkan diri sendiri yg sedang berubah..oh yea..everybody’s changing and I can feel the change(^^)v..

In too deep..up above in my head..instead of going under..kita makhluk yg terikat pada ruang dan masa..melihat pada kalendar2, aku tersedar masa telah membawa aku pergi jauh..namun, aku hanya mampu menoleh ke belakang tanpa mampu berpatah balik..manakala ruang pula memberiku peluang untuk memilih..memilih kpd jalan mana yg ku suka dan kpd apa yg aku kehendaki..

Mungkin inilah yg dimaksudkan dgn perubahan..perubahan pada diri sendiri..kerana manusia bebas memilih apa2 sahaja untuk diri mereka..dunia tidak berubah..hawking pernah berkata, andai 1/10000000000 peratus berlaku perubahan pada peredaran planet2 dan sistem2nya di angkasaraya, boleh hancur lah dunia..dan beliau terus berkata, mana mungkin sekalian alam ini wujud secara kebetulan sahaja tanpa pencipta..bagiku dan agamaku Islam, aku percaya akan wujudnya Maha Pencipta yg Maha Esa lagi Maha Bijaksana mengatur segalanya..

Kehidupan mmg suatu nikmat..mmg nikmat..nikmat yg membuatkan aku terasa aku ini ada..dgn mata, aku memerhati akan semua yg ada dan merasakan diriku ini juga diperhatikan..dengan anggota pula aku merasa dan merasakan diriku ini dirasai..sungguh membuatkan aku merasakan pula aku ini tiada jika tiada kurniaan ini smua..pemikiran orang dahulu berkata, mata mengeluarkan cahaya..kerana cahaya sahaja yg boleh memperlihatkan.. tapi mana mungkin mata boleh mengeluarkan cahaya.. mungkin mereka tidak memikirkan tentang hati..tingginya kedudukan hati dari yg lain sehingga boleh merasa dan menampakkan segalanya..let’s search for the feel..feel of love and peace..


We are not human beings live on the spiritual journey but we are spiritual beings live on the human journey..Looking at the night sky, we see the familiar twinkle of starlight..light that has travelled enormous distance to reach us..and moon kacak mlm tok..15 rabiulawal (^^)..

the stars have gone far away..and the eyes are rested..

O Allah, grant me rest toningt..give me Your pleasant and paradise..

Amin..

Friday, January 15, 2010

araftuka






bumi berputar2 mengelilingi matahari..beredar pada paksinya dgn rapi..si bulan yang indah pada purnamanya, yg beredar2 mengelilingi bumi saban hari..bintang2 indah berhias di langit tinggi..air yg berenang2 mengalir tanpa henti membanjiri ¾ muka bumi..atom2 yang menjadi asas kpd wujudnya alam semesta ini..elektron2 yang tanpa segan silu dan silap nya mengelilingi nukleusnya dgn kekuatan tenaga nya yg tersendiri..semunya takkan terjadi dgn kebetulan dan tanpa perancangan yg terperinci..dan sungguh, semuanya ia merupakan tanda kebesan Allah S.W.T. sebaik2 Maha Pencipta yang menciptakan semua ini tidak dgn sia2..

Syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W..

Assalamualaikum w.b.t.. (^^)

Selipar ku selipar jepun..itu lah yang boleh ku ungkapkan pada diriku yg hina ini..alangkah betapa kerdil nya aku, berjalan2 d muka bumi..lahir sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorg khalifah..seorg khalifah yg sepatutnya menjadi sebenar2 khalifah..dan sungguh, tidak layak untukku merasakan sombong dan riak d dalam diri..hek3..

Aku merupakan seorg anak muda yg single n strictly not available(utk masa terdekat tok jak la) yg berasal dari kpg gita..atau sekarang lebih d kenali sebagai kpg pinang jawa yg terletak tidak jauh dari matang jaya..gita merupakan sebuah nama yg agak unik dan pelik..dengar cerita, nama itu diperolehi daripada perkataan getah..dahulu kalanya, perkampungan ku merupakan ladang getah sewaktu zaman pemerintahan british..pekerja2 nya yg majoriti nya org india pada ketika itu agak sukar menyebut perkataan getah..oleh itu, mereka tersasul atau sengaja menyasulkan dgn menyebut ‘gita’..sebut punya sebut, cakap punya cakap,lidah passing lidah, sampai lah perkataan itu hingga ke hari ini.

Namun, itu semua tidak menjadi main point ttg apa yg hendak aku taip pada masa ini..bahkan aku sendiri tidak mengetahui apa yg hendak ku taip..hehe..dan sungguh itu merupakan tanda yg menunjukkan bahawa diriku ini hanyalah insan atau manusia yg sungguh lemah..agak lemah dan mmg lemah jikalau tidak didorong dgn iman dan islam..

Aku student UNIMAS..sebuah universiti yang sering kali diperkecilkan oleh kebanyakan manusia, tidak kisah lah daripada para penduduk nya sendiri atau org2 d luarnya..Allah memberikan nikmat..nikmat yg agak banyak yg tidak mampu utk kita kira walau di catat pada kertas yang panjang nya cukup2 utk mengelilingi satu bulat bumi..tapi adakah kita ingat utk bersyukur?.jikalau pokok2 yg ada d muka bumi ini blh berbicara, nescaya, mereka akan mengutuk2 kita ini..kerana kita insan, yg ada akal, yg boleh berfikir, yg boleh yg membezakan yg hak dan yg batil..tp sedikit sekali untuk bersyukur..astagha..xpat la kmk nak madah apa2 gk..ilmu itu luas bidangnya..semakin kita byk ilmu, semakin kita tidak tahu..dan ilmu itu juga adalah sia2 selagi ia tidak memberi manfaat kpd diri sendiri, lebih2 lagi kpd org lain..maka, wajarkah kita menilai ilmu seseorg dari universiti nya? Jgn..jgn ya..hahaha..Oleh itu, mari lah kita belajar menerima setiap ketentuan yg Allah berikan..

Perihal Hati:

Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana..kita masih hina dalam penilaian Allah.
Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah.
Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..maknanya bantuan Allah sudah tiba.
Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.
Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.. seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.
Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.
Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ..tandanya Allah redha pada kita.
Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya..

(^^,)

Kata pujangga, mata pena lebih tajam dari mata pedang..harap maaf kalau terkasar kata dan bhs..takut ada tertusuk ke hati atau lubuk jantung,,tiada niat jahat..juz nak hilang2 boring jak bah naip2 blog tok n maklumlah..ini blog atau post pertama ku..hehe

Mari lah kita bersama2 mensyukuri nikmat Allah..kita menghirup oksigen 24000 kali sehari yg bersamaan dgn 24 jam tanpa bayaran dan bill..semuanya Allah berikan kpd kita dgn percuma sahaja..bygkan sekiranya Allah mengenakan bayaran kpd kita..mampu kah kita hidup dgn membayar utk setiap sedutan?..sungguh tidak mampu untuk kita membayarnya walau setiap sedutan berharga 1/100 daripada satu sen..dan sungguh, itu tidak mampu utk kita membayarnya walau kita kaya mcm Bill Gates dan org kaya lain atau yg paling kaya d antara yg kaya..dan sungguh2, ini lah bukti kebesaran Allah S.W.T. yg Maha Kaya dan Maha Pemurah dan Maha Pengasih kpd hamba2Nya..

Dan dpt ku rasakan, masa itu terlalu sedikit kalau diisikan dgn betul2..manfaatkan lah setiap masa yg ada..semakin kita berusia, semakin bernilai lah masa kerana kita semakin menghampiri mati..dan logik nya,mmg masa yg kita ada semakin bernilai kerana kita semakin berusia dan sekali gus kita menghampiri mati..benar sik apa padah kmk?jd,hargai lah masa ya..deeeemiiiee masaaa..hehe..lagu raihan..

Firman Allah S.W.T. :

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (7:205)

Akhir kata, marilah kita menjadi insan kelas pertama..yg berlandaskan al-Quran..(^^)v

wallahua'lam..