Sunday, March 7, 2010

Environmental Chemistry




Aku sekarang sedang cuba untuk belajar untuk exam esok yg ber title, environmental chemistry..dari dulu, aku xpaham apa yg motif nya belajar subjek ini..pernah suatu hari aku berjumpa prof utk bertanya, apa sbnrnya subjek ini hendakkan..beliau menjawab, we learn about acid, about equilibrium, calculation..thats environmental..for sure u think that environmental is same with environment..but no no no..what I said just now, that is Environmental..aku masih xpaham juak..sekarang aku sudah 2nd year and belajar environmental 2..kali ini kami belajar mengenai MSW and EcoSan..ya la yg klua exam esok, maka secara automatic nya, ya la yg akan ku pelajari kaktok sbg senjata utk ber exam esok..hehehehe..


LU1, Municipal Solid Waste..apa ke benda la subjek tok..setakat yg ku baca, MSW ertinya household waste..kalau nak dikatakan dlm bhs kita, maksudnya sampah2 yg kita buang dari rumah la..jadi, aku blaja psl sampah la tok..haha..


Akan tetapi, aku tertarik dgn part disposal..’dispose’ means ‘get rid of’, mengikut kamus dewan dlm hp ku..Pada mula nya aku menyangka dispose bermaksud memusnahkan sehingga xwujud lagi..aku teringat lagi ketika berada di dalam kelas, aku sedang bercakap2 dgn seorg kwn di dalam kelas..mmg lumrah hidup student, lecturer ckp2 kat dpn, dia org akan ckp2 kat blkg (in case duduk kat blakang la)..jadi kami pun hairan..ada pun kita bakar sampah itu, sampah itu tetap jugak akan menjadi debu..dan debu itu masih ada atau wujud..ada pun debu2 itu dileburkan sehingga tidak nampak, bau nya masih ada dan ada itu tetap wujud..ada pun bau itu dihapuskan, molekul2 yg membentuk bau akan terpecah kpd atom..akan tetapi atom adalah yg paling kecil..sekecil2 sehingga xdpt dipecahkan lagi(bak kata kajian barat la..cthnya cdak Bohr)..tapi, tetap jugak ada..


maka, timbul persoalan di benak fikiran dan di lubuk2 hati sanubari..apa motifnya dibuat system2 untuk solid waste kalau benar dispose itu masih xdpt menghapuskan sehapusn2nya??


Theory of atom..aku teringat psl atom2..bhw atom adalah sekecil2 bnda yg menjadi asas kpd sesuatu benda..dan atom itu sememangnya ada..sehingga atom itu juga merupakan makhluk Allah..


Theory of space..aku teringat pulak teori tersebut..bhw kita manusia yg terikat dgn ruang dan masa..sbg cth, kita katakan bahawa kita telah menghapuskan sampah, dan sampah itu sudah tidak ada..kenapa? kerana, sampah telah dihapuskan..tetapi ruang itu masih ada..ruang yg dimaksudkan ialah, sampah yg berada di dalam ruang, kemudian dimusnahkan..sampah sudah tiada tetapi ruang kpd sampah2 itu tetap ada dan ruang selalu ada..


Kmk teringat psl vakum..dikatakan bhw vakum itu kosong..kosong tanpa ada apa2 di dalamnya..tapi ruang yg membentuk vakum adalah ada..vakum tiada apa2 di dalam..tapi yg ada adalah ruang..cth nya adalah space..angkasa..ya la vakum..xda apa2 kat space tu..thats y angkasawan terapung sahaja..terapung di ‘ruang2 yg ada’..


Sekarang minda sudah berbelit2 dgn perkataan ada dan tiada..syukur Alhamdulillah, di dalam al-Quran, Allah S.W.T. telah menerangkan di dalam surah al Waqiah

Akhirnya aku pun faham..baru ku mengerti fikiran manusia sememangnya sangat2 terbatas..kita sememangnya makhluk yg lemah..yg menyebabkan wujud nya term ‘tiada kepada ada’ adalah disebabkan kita ini ada permulaan dan pengakhiran..maksudnya, kita tidak kekal..kita fana..kita boleh lebur, kita boleh hilang..kita sebenarnya berada di pertengahan..kita sekarang tgh hidup..suatu hari kita akan mati..then dihidupkan lagi pada hari kiamat..itu lah akhirat..seakhir2 hari dan tiada lagi hari selepas hari itu..sekarang kita hidup dalam hari2..sbb itu la semakin tua dan usia semakin bertambah..kan3?..


Allah suruh kita beribadah n mengabdikan diri kepadaNya..bukan buat jahat..kita dihantar ke serendah2 tempat iaitu d bumi yg sebenarnya mmg sik da apa2 kalau difikirkan..smuanya nikmat sementara..dan kita juga slalu tertipu dgn tipu daya dari syaitan yg menyebabkan kita menaruh diri mencintai dunia..padahal terang lagi bersuluh, dunia smmgnya tmpt persinggahan sementara utk kita..sudah diberi tips utk berjaya..apa yg boleh dibuat, apa yg sik boleh dibuat..tapi still juak kita tok..adoh2..xpat nak madah papa gik..


Kemudian, kajian barat telah mendapati bhw ada sesuatu yg lebih kecil drpd atom..aieh? pa ya..dan bnda tersebut dinamakan tenaga..mungkin kita teringat zaman2 sekolah dahulu bhw, tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan..berbalik kpd kisah atom tadi, saintis barat mendapati terdapat bnda yg lebih kecil dari atom yg dinamakan tenaga..ia tidak boleh dilihat kerana ia wujud dalam bentuk gelombang atau wave..dan dalam bahasa sains nya, dinamakan photon yg bermaksud packet of energy..tenaga memang tidak boleh dilihat..tetapi hanya boleh dirasa..begitu juga dgn penglihatan, pendengaran, etc..pendek crita, smua nya adalah makhluk Allah..siapa boleh melihat penglihatan? Siapa boleh melihat pendengaran?..wallahua’lam..xpat oo..sungguh terbatas otak kita..


Baru ku phm LU1 tadi..blaja psl disposal ya kerana mereka mahu generate energy..jadi bila waste ya di dispose, akan jadi bnda kecil..n benda yg kecil ya la energy..oooooooooooooooooooooooooooooo..ya duhal..mengikut pemahaman ku la..ku lembab juak sbnrnya bh..sukati jak..hahaha..jadi, cdak meng dispose sampah utk generate energy..ya la nyuroh ada karan..kah3..


Bercakap psl makhluk lok..makhluk terbahagi kpd bentuk dan sifat bentuk..bentuk merujuk kepada jirim atau lebih faham dlm bhs kita, lebih kurang seperti jasad, solid, bnda..mcm2 ya la..tapi maksud sbnrnya adalah, mengambil ruang..then jirim terbahagi lagi kpd jisim n atom..jisim pula terbahagi kpd dua iaitu jisim yg halus dan jisim yg boleh disentuh..jisim yg halus inilah yg dikatakan sebagai roh..tapi apa roh?..saya tiada ilmu di situ utk menerangkan apa roh..tapi setakat yg saya tahu, saya ambil contoh la..kita tgk api di depan mata n api di dalam gambar..api di depan mata atau api di dalam gambar adalah panas?..sudah tentu la api di depan mata..tp knp?..kerana, api di depan mata ada roh..roh yg menyebabkan nya hidup sehingga menyebabkannya ada rasa panas..manakala api di dalam gambar tiada roh..itu lah yg menjadikannya tidak panas dan tidak padam walau disimbah air..melainkan kita liquid gambar api tersebut, maka padam la ia..hahaha..


Jadi apa yg sy sebut tadi adalah jisim yg halus..seterusnya ada jisim yg lagi satu..jisim ini boleh disentuh..yg blh disentuh ini lah yg ada di sekeliling kita..cthnya, jasad kita, mata kita..


Sifat bentuk pula terbahagi kpd arah dan warna..arah yg dimaksudkan ialah atas, kanan,kiri, depan, blakang..n warna sudah pasti la kita tahu..merah biru kuning..o yea..warna2 malaysia..haha..kajian mendapati mata kita boleh mengenal 3 juta warna..kalau xsilap la..subhanAllah..sehingga tidak boleh nak di nama kan lagi warna2 kerana terlalu byk..


Jadi kita kembali kpd apa yg ku pelajari utk exam esok..rupa2nya, ini lah sains..sains sememangnya blh mendekatkan diri kita kpd Tuhan..tp kena ada pegangan akidah yg kukuh..kena slalu jumpa ustaz..tanya2 bnda yg musykil..kerana otak kita cenderung untuk guna akal sahaja tanpa merujuk quran, hadis dan sumber2 dari ulama..dan kena tahu juga, setan di mana2..pande jak nya mok nyesat kita..hati2..byk2kan diri berzikir mengingat Allah dan memohon perlindungan dariNya..


Kesimpulannya, alu sik blaja la aku tok..dah la tgh ada program Majlis Penutupan Hari Allamanda kat dibah ya..aku ilek2 jak kat atas tok..haha..gney2 pun, exam esok, apa yg ku tulis dlm blog tok la yg ku jwb..nampak gaya nya la kerana sik sempat gik dh mok blaja..haha..btw, ada apa2 yg ku tersalah padah d sitok, tlg2 la bagi tau..krana ilmu ku terbatas juga dong..


Kepak eh..ok la..nak pgi nolong cdak kat dibah lok..takut klak dipadah sik nolong urang..hahaha..


Assalamualaikum (^^)..

2 comments: